Menulis

Perbincangan (5 Februari)

Para pelajar arif budiman,

Selamat sejahtera.  Berikut merupakan Penulisan Contoh (Deskriptif & Ekspositori).  Sila letakkan dapatan secara berpasangan.  Gunakan Roda Paul (Paul's Wheels of Reasoning) untuk membuat analisa.

Letakkan dapatan dengan aturan berikut :


Perbincangan Penulisan Ekspositori ATAU Deskriptif

Pasangan  :  Nama & Nama
Dapatan  :
1.  Tujuan  :  ___________________________________

2.  Bukti / Data  :  _______________________________

3.  Andaian  :  __________________________________

4.  Pendapat  :  __________________________________

5.  Konsep  :  ____________________________________

6.  Kesan  :  ______________________________________

7.  Maksud Tersirat  :  ______________________________

8.  Persoalan  :  ___________________________________








Terima kasih.


Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad

4 ulasan:

  1. Pasangan: Huda & Hannah
    (Contoh Karangan Ekspositori)
    Dapatan:
    Tujuan: mengetengahkan kepada pembaca bahawa warga tua merupakan aset penting bagi sesebuah negara.
    Bukti/Data: “Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytihkarkan 1 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warga Tua.”
    Andaian: Warga tua tidak dianggap sebagai aset,
    Pendapat: Seorang warga Singapura
    Konsep: Nilai-nilai murni, moral yang tinggi
    Kesan: Warga tua akan dianggap sebagai aset, dan akan dijadikan lebih penting dalam masyarakat dan hidup-hidupan warga Singapura.
    Maksud Tersirat: Sebenarnya, warga tua tidak dihormat, tidak menerima kasih sayang dan tidak cukup dilayan dan sepatutnya dijadikan aset yang penting.
    Soalan isu: Kepentingan warga tua dalam masyarakat

    BalasPadam
  2. Pasangan : Muhd Ikmal Hakeem Bin Mohamed Farik & Muhd Ibrahim Bin Azmansah
    Dapatan :
    1. Tujuan : Menyampaikan kepentingan warga tua

    2. Bukti / Data : "Pengisytiharan ini dibuat sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan serta pangakuan terhadap peranan dan sumbangan warga tua kepada dunia"

    3. Andaian : Penulis membuat andaian bahawa warga tua diibarat sebagai Quran buruk serta mereka tidak dihormati

    4. Pendapat : Pendapat orang-orang muda

    5. Konsep : -

    6. Kesan : Orang muda akan lebih menghormati warga warga tua dan lebih ramai orang akan menghargai apa yang telah dibuat oleh warga tua

    7. Maksud Tersirat : Buat generasi muda sedar akan kepentingan warga tua

    8. Persoalan : Apa yang perlu dibuatkan oleh pihak tertentu supaya warga tua akan lebih dihargai oleh orang muda?

    BalasPadam
  3. Pasangan : Ain & Erika
    Dapatan :

    1. Tujuan : Memperjuangkan bahawa warga tua berhak menerima kehormatan daripada golongan muda.

    2. Bukti / Data : PBB telah mengisytiharkan 1 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warga Tua untuk mempertingkatkan kesedaran kepada negara untuk berjasa kepada mereka.

    3. Andaian : Penulis mengandaikan bahawa generasi muda tidak menghormati warga tua dan menganggap golongan tua menimbulkan banyak masalah dan tidak produktif. Dia mengandaikan setiap keluarga ada kekeluargaan yang lemah dengan nilai-nilai murni.

    4. Pendapat : Dari perspektif warga dewasa Singapura.

    5. Konsep : Konsep yang hendak disampaikan ialah kepentingan warga tua dalam sesebuah negara.

    6. Kesan : Kesan bagi pembaca-pembaca yang hendak disampaikan oleh penulis ialah penulis mahu pembacanya mengambil tindakan untuk mempelajari nilai-nilai murni supaya akan menghormati golongan tua.

    7. Maksud Tersirat : Golongan muda tidak menghormati golongan tua kerana mereka tidak sedar kepentingan dan usaha-usaha warga tua untuk meningkatkan negara tersebut.

    8. Persoalan : Mengapakah warga muda tidak menghormati warga tua.

    BalasPadam
  4. Pasangan : Shaquille, Danish K & M
    Dapatan :
    1. Tujuan : Tujuan artikel ini ialah untuk mempengaruhi pembaca untuk sedar akan jasa warga tua serta sumbangan mereka kepada negara kita.

    2. Bukti / Data : Satu bukti sahaja; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    3. Andaian : Andaian penulis adalah kebanyakan generasi muda tidak menghormati warga tua.

    4. Pendapat : Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat penulis.

    5. Konsep : Konsep artikelnya adalah tentang penghargaan warga tua.

    6. Kesan : Kesannya adalah pembaca lebih berminat untuk membayar jasa warga tua.

    7. Maksud Tersirat : Penulis artikel ini mahu mempengaruhi pembaca untuk membayar jasa warga tua.

    8. Persoalan : Adakah warga tua menerima hormat yang mereka berhak diberi?

    BalasPadam