Khamis, 24 September 2015

Penutupan Sekolah - 25 September 2015

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) telah mengumumkan penutupan sekolah esok, 25 September 2015.

Kamu dikehendaki menyelesaikan Latihan 5 (Kertas Pra-Akhir 2015 CGS)  Ia harus dikumpulkan oleh Shaquille dan dihantar pada hari Isnin, 28 September 2015.

Sila respons di ruang komen dengan menyatakan 'Saya maklum yang saya perlu selesaikan dan hantar Latihan 5 (Kertas Pra-Akhir 2015 CGS) pada hari Isnin, 28 September kepada Shaquille.  Terima kasih.'

Jaga diri.  Semoga kita tabah mengharungi cabaran ini.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad

Selasa, 21 Julai 2015

Kelas 22 Julai, 8.05 hingga 8.55 pagi

Para pelajar arif budiman


Selamat sejahtera,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Rabu, 22 Julai.  Sila pastikan kamu menyelesaikan tugasan yang diberikan.  Kamu dikehendaki berada di kelas Bahasa Melayu.

Kamu perlu menggunakan masa di kelas untuk menyelesaikan Kertas 2 GCE 'O' HML Tahun 2011.  Kita akan membincangkan jawapannya pada kelas seterusnya.

Terima kasih.


Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad

Jumaat, 27 Mac 2015

Tugas (27 Mac 2015)

27 Mac

Log Bacaan - Rekod, Kosa Kata, Ulasan Artikel

Peta Minda E-Mel Formal 1A (subjek blog : Isnin 9 malam; kertas lampiran: Selasa)

Selasa, 24 Mac 2015

Peta Minda - E-mel Tidak Formal 1A

Para pelajar arif budiman,


Sila letakkan gambar peta minda yang kamu telah sediakan.  Gunakan topik seperti berikut :

Nama - Peta Minda E-mel Tidak Formal 1A

Tugasan ini harus diselesaikan sebelum kelas hari Khamis, 26 Mac.


Terima kasih.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad

Selasa, 10 Mac 2015

Penghantaran Pembetulan (Karangan)

Ain: 1A
Danish M:
Ikmal: 2A/3A belum dihantar
Shaq: 1A/2A
Ibrahim: 2A/3A belum dihantar
Erika: 2A
Hannah: 2A/3A
Huda:
Danish K: 1A

Selasa, 24 Februari 2015

Pengumuman Selasa, 24 Februari 2015

1. Log bacaan
- Minggu 8; hantar Isnin, 2 Mac
- Rekod, Kosa Kata, Ulasan Akhbar

2. Ujian Kelas
- Rabu, 25 Februari
- 1 Jam
- Penulisan Esei
  - 3 Soalan, pilih 1
- 5 Keping kertas fulscap sekolah
- Dikokotkan
  - Kertas soalan di hadapan
  - Kertas fulscap di belakang
- Kamus dewan/pelajar

3. Penulisan Esei (1A)
- Ulasan
- Pembetulan

4. Penulisan Esei (2A)
- Hantar esok pagi di pidgeon hole

5. Latihan Amali
- Soalan A1

Selasa, 10 Februari 2015

Jumaat, 9 Januari 2015

Tahun 2015

Para pelajar arif budiman,



Selamat datang ke tahun yang baru.

Semoga kita terus diberi peluang untuk menimba ilmu bersama.

Salam sayang,
Cikgu Azizah.Ahmad